sejak kebelakangan ini aku perasan satu fenomena . aku tak tahu la mungkin aku yang dikelilingi oleh manusia macamni ataupun memang sekarang dh jadik trend . aku tak kisah tapi aku tahu tetap suka tengok dan perhati .
ini yang buat aku malas nak keluar rumah sebab nanti aku akan perhati semua yang terjadi dan mula mengutuk dalam hati . paling kurang pun aku senyum sendiri . paling kuat pun aku gelak dengan rakan sambil kritik . jahat sial .
1# lelaki tak hensem style hot VS perempuan hot cantik sexy
ni mesti kes lelaki tu anak tan sri . atau kerja besar macam kapten kapal atau engineer kapal . atau lelaki banyak harta pusaka . tanah lima ekar , kereta dua bijik . rumah pesaka tiga . si perempuan mesti si pisau cukur veet . yang baru bukak plastik punya . kaki kikis harta . bila lelaki dah habis duit , perempuan mesti carik alasan dengan baik untuk putuihh . tuihh .
2# perempuan biasa mungkin tak hot atau style VS lelaki hot hensem kacak
ini mesti perempuan kasi barang ni . barang apa ? hehehe . barang barang sihir macam nasik kangkang atau calit minyak pengasih . atau si perempuan anak datuk, si lelaki kerja buruh . si lelaki nak menjamin masa depan dia . so dia pun menyambar si perempuan . dengan harapan syarikat besar dapat diserahkan kepada dia lepas bapak dia mati . *tipikal malay drama*
3# lelaki muda VS perempuan yang agak berumur
apa lagi mesti anak ikan keli la tu .si mummy mesti tanggung segala belanja rumah termasuk seluar kecik nya . dengan alasan si mummy bosan . datuk selalu pergi outstation .padahal entah entah itu bakal mak mertua dia . dia saja keluar nak ambik hati . tapi mentaliti aku tetap itu aweks dia . macam dalam samarinda punya slot la
4# perempuan muda bergetah VS lelaki berumur
sugar sugar daddy dia lah tu . apa lagi . si perempuan mesti tengah belajar di IPTS . demi nak tanggung kos sara diri yang mewah . nak bayar duit kondo , bil air , bil broadband . satu cara je boleh buat , kikis duit orang berusia yang amat pemurah terhadap kanak kanak yang tomey .
*******************************************
kadang kadang aku akui , hidup seharian banyak dipengaruhi oleh lambakan drama drama tipikal melayu yang seringkalai ditayangkan . secara tak sedar lekat jadi mentaliti mentaliti . aku tak boleh nafi sikit sikit , takpun banyak mesti ada terlintas dalam benak hati bila terpandang mereka mereka ini .
aku cuma ada satu nasihat . kalau rasa diri tak punya antibodi yang kuat untuk menangkis segala mulut mulut busuk orang macam aku. maka carikla pasangan yang sekufu . jangan nanti bila kau dah terima si dia , tiba tiba kau tak larat nak tannggung mulut longkang orang , kau putuskan dia .
bila kau buat macam tu . kau telah musnahkan hati seseorang dan kau jangan takot . kau jugak akan terima yang serupa di hari lain .
ukur baju di badan sendiri . ukur kasut berdasarkan saiz kaki busuk kau . pilih kasut yang muat muat . jangan sebelah lawa sebelah buruk . nanti jadik tak sedap orang nak pandang . bila tak sedap mula mulut lonkang macam aku akan mengata . tak salah jadi rare . asalkan telinga tebal .
sekian . catatan hati kering .