Thursday, April 19, 2012

mentaliti yang tak dapat dielakkan

sejak kebelakangan ini aku perasan satu fenomena . aku tak tahu la mungkin aku yang dikelilingi oleh manusia macamni ataupun memang sekarang dh jadik trend . aku tak kisah tapi aku tahu tetap suka tengok dan perhati .


ini yang buat aku malas nak keluar rumah sebab nanti aku akan perhati semua yang terjadi dan mula mengutuk dalam hati . paling kurang pun aku senyum sendiri . paling kuat pun aku gelak dengan rakan sambil kritik . jahat sial .



1#  lelaki tak hensem style hot VS perempuan hot cantik sexy

ni mesti kes lelaki tu anak tan sri . atau kerja besar macam kapten kapal atau engineer kapal . atau lelaki banyak harta pusaka . tanah lima ekar , kereta dua bijik . rumah pesaka tiga . si perempuan mesti si pisau cukur veet . yang baru bukak plastik punya . kaki kikis harta . bila lelaki dah habis duit , perempuan mesti carik alasan dengan baik untuk putuihh . tuihh .


2# perempuan biasa mungkin tak hot atau style VS lelaki hot hensem kacak

ini mesti perempuan kasi barang ni . barang apa ? hehehe . barang barang sihir macam nasik kangkang atau calit minyak pengasih . atau si perempuan anak datuk, si lelaki kerja buruh . si lelaki nak menjamin masa depan dia . so dia pun menyambar si perempuan . dengan harapan syarikat besar dapat diserahkan kepada dia lepas bapak dia mati . *tipikal malay drama*


3# lelaki muda VS perempuan yang agak berumur

apa lagi mesti anak ikan keli la tu .si mummy mesti tanggung segala belanja rumah termasuk seluar kecik nya . dengan alasan si mummy bosan . datuk selalu pergi outstation .padahal entah entah itu bakal mak mertua dia . dia saja keluar nak ambik hati . tapi mentaliti aku tetap itu aweks dia . macam dalam samarinda punya slot la


4# perempuan muda bergetah VS lelaki berumur

sugar sugar daddy dia lah tu . apa lagi . si perempuan mesti tengah belajar di IPTS . demi nak tanggung kos sara diri yang mewah . nak bayar duit kondo , bil air , bil broadband . satu cara je boleh buat , kikis duit orang berusia yang amat pemurah terhadap kanak kanak yang tomey .


                                   *******************************************

kadang kadang aku akui , hidup  seharian banyak dipengaruhi oleh lambakan drama drama tipikal melayu yang seringkalai ditayangkan . secara tak sedar lekat jadi mentaliti mentaliti . aku tak boleh nafi sikit sikit , takpun banyak mesti ada terlintas dalam benak hati bila terpandang mereka mereka ini .

aku cuma ada satu nasihat . kalau rasa diri tak punya antibodi yang kuat untuk menangkis segala mulut mulut busuk orang macam aku. maka carikla pasangan yang sekufu . jangan nanti bila kau dah terima si dia , tiba tiba kau tak larat nak tannggung mulut longkang orang , kau putuskan dia .

bila kau buat macam tu . kau telah musnahkan hati seseorang dan kau jangan takot . kau jugak akan terima yang serupa di hari lain .



ukur baju di badan sendiri . ukur kasut berdasarkan saiz kaki busuk kau . pilih kasut yang muat muat . jangan sebelah lawa sebelah buruk . nanti jadik tak sedap orang nak pandang .  bila tak sedap mula mulut lonkang macam aku akan mengata . tak salah jadi rare . asalkan telinga tebal .
 sekian . catatan hati kering .






12 comments:

  1. aku tegelak gulok baca post ni.. kau memang peminat sinetron ya fitrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sejak menganggur ni dok layan slot slot tv3 ni je . lambakan drama melayu dekat pasaran buat aku terpengaruh . hahaha

      Delete
  2. haha,fitrah!lama tk update(:
    samalahh kita,suka buat andaian sendiri dalam hati..kira kau oklahh tk buat muka..aku kalau nampak yg pelik2 skit,automatik buat muka..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lame dah tak update . takde mase nak blogging ni . hehe . bajet macam aku ni tengah buat pesediaan ke oversea pulak . hehe .
      ainul , aku bukan buat muka , aku teruih muntah hijau . haha

      Delete
    2. haha,muntah hijau..boleh tahan lahhh..
      btw,mai singgah blog aku!dah lain dahh!tk mcam dulu tao,makin poyo sbenarnya..haha

      Delete
    3. tengah singgah la ni . hehe . kpop ek sekarang ye . hahaha

      Delete
  3. memang betul. kalau nampak yang tak kena je, walaupun sikit, haaaa, mulalah dok cakap bukan2. adohaiii =.=

    btw, best entri ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii adibbb (:
      biasalakan manusia biasa . lagi lagi perempuan macam kita . hehe
      thanks (:

      Delete
  4. woi..pehal kapten kpal plak...byak lg yg len kaya2..adoi...ni x pueehh ati nih...huhuhu

    ReplyDelete
  5. hahahaha . rilek ye husni . kapten kapal kan dalam golongan kaya . kan kan ?

    ReplyDelete
  6. navy ? hrrmm kene tengok pangkat jugak ni . hahahahaha .

    ReplyDelete