Saturday, March 10, 2012

its been too long i have been hiding this

Memang tak dapat dinafikan. Bila kita tengah dalam mood sayangkan seseorang, rasa macam nak tulis banyak-banyak pasal dia, pasal love love dan love, pasal apa sahaja yang berkaitan dengan hati kita yang tengah lari jauh dari akal waras. 


aku rasa dia paling perfect , dialah ikon , aku kenal dia sejak darjah satu .kelas 2satria . aku ketua darjah dia penolong aku . aku rasa aku boleh arah semua orang termasuk dia . aku pindah sekolah dia pun pindah. aku masuk kelas 2a , dia pun masuk kelas 2a . tolonglaaa . aku masuk peraduan mewarna , aku menangg num 1 , dia mesti number dua . whatt the . 

aku rasa dia paling hensem , macam muka aaroon aziz time tu , walaupun time tu tak wujud lagi aaroon . muka dia mungkin macam sir firdaus kot . kot laa kalau masa sekarang ni .


mesti boleh teka kan ? yang mana budak yang paling hensem ?


tapi apesal entah time tu dia tak bagi respon . mungkin sebab aku tak tunjuk . ohh aku lupa dia budak alim . budak yang selalu jadik imam . yag menang hafazan peringkat daerah . yang disayangi ustazah dan ustaz di sekolah agama .aku sekolah agama pun tak . jahil sikit .

takpun sebab time tu aku selekeh . tudung herot-berot . sos cili dekat tudung dah jadik macam lencana . kasut sekolah macam main dalam bendang . baju tumpah aiskrim pakcik depan sekolah . mana mungkin orang pandang . aku pun time tu gengster , ala ala tomboyy .


kelas 5 ibnus sina yang paling aku tak tahan semua kawan-2  aku tahu aku suka dia . aku sangat suka budak ni . siap ade buat pantun . aku ingat lagi pantun tu ikhwan musa yang buat . sajaa nak malukan aku . damn . ikan paus suka makan sambal belacan sambil cicah mentimun laut .

29disember 2005 - aku ingat . aku takkan lupa .bermakna aku darjah lima. aku tak sangka kem motivasi haritu hari last aku akan tengok muka dia . hari last aku akan dengar suara dia yang sangat merdu . merdu macam penyanyi kumpulan inteem . kalau perempuan dengar boleh histeria sekejap .


30 disember 2005-  kawasan perumahan aku digemparkan dengan satu kes . abah balik kerja terus cerita pasai budak lelaki tu . abah cakap budak yang duduk taman jana permai . goshh . apesal entah aku terus terfikir nama dia . aku tak terfikir nama lain . tetap nama dia . dan aku rasa yakin itu dia . aku dapat rasa , satu perasaan yang lain . 


yess .memang itu dia . aku terus bersiap pakai baju kurung warna hijau . sebab paan cakap aku nampak cantik pakai baju tu . aku ambil basikal pergi rumah kawan tuju rumah arwah . hermmm , betul memang dia . aku rasa sebak tengok arwah . arwah nampak berseri-seri . lagi buat aku rasa mata tak tahan nak takung air.ustazah tolong jangan menangis sebelah aku . aku pun tak tahan tengok puteri shahira tahan air mata .sebelah ni .


31 disember 2005 - aku tak kira aku nak jugak paper metro yang muka depan gambar dia . aku paksa abah suruh beli . at last aku dapat , aku kerat sambil ketap-2 bibir tahan perasaan . aku letak dalam diari . aku tak sanggup nak bukak diari . lama aku tak  bukak diari . last-2 kakak aku yang bukak dan baca segala  keterluahan isi hati aku dekat dia .


10march 2012 - aku takut suatu hari nanti aku akan hilangkan keratan memori ini . sebelum aku hilangkan baik aku semadikan keratan ini dalam bentuk soft copy . mungkin suatu hari nanti aku rasa rindu untuk baca walaupun dah beratus kali aku ulang baca . aku tak pernah rasa bosan , rasa menyampah , aku tetap rasa tersentuh . tersentuh dengan keratan ini . 





at last . aku cuma sempat luahkan perasaan dalam catatan harian. muhamad nur firdaus abdul rahim .  al fatihah . the only person yang aku pernah pernah admire sampai lima tahun .









7 comments:

  1. takziah... uhuhu...sedih dowh...serius!!!
    al-Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDIHH kan ? kan ? aku pun tacing sebenarnyee . ermm

      Delete
  2. Weyh, sedih gila Fit. Aku dah sebak ni T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. shida , kalau hang baca cerita dalam paper ni , ape dia buat . lagi sedih weyy . tanda-2 kematian dia , dia rajin masak dekat mak dengan kakak dia time dia dah nak dekat meninggal .

      Delete
  3. sangat menyentuh perasaan..kita doa dia bersama-sama dngan org yg beriman ya fitrah..moga-moga kau boleh berjumpa dngan arwah di syurga kelak..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMINN . aku pun tesangat laa sedihnyee . wuuuu

      Delete
  4. Erm..aq x nfikn la..dy mmg bek..wlaupun dy prnh skitkn ati aq tp aq x prnh smpan dlam ati cuz aq tau kbekkan dy jauh lg byak dr kjhtan dy yg bsar kuman 2..insyaallah kwan kte ni trglong ngn glongn2 owg briman..Al fatihah..erm..tpu la klau pmpuan x mnat dy dlu..huhu..haa..bru skunk aq tau spe yg mngis tgok arwah dlu..aq dgar ura2 je de pmpuan ngis tgok arwah..skunk aq dh tau..huhu

    ReplyDelete