Tuesday, April 24, 2012

hidup cik abang .


kehadapan cik abang 
apa kahabar agaknya hidup cik abang sekarang ?
adakah sudah sembuh luka ? ataupun masih berbalut darah ?
kepada cik abang moga anda sihat di perantauan dalam mengejar impian
cik abang kejarla cita cita dahulu . 

**********************************

aku cuma mampu belek belek buang kisah lama
 dalam tak diam sejak aku jadi janda berhias . 
aku asyik gatai tangan nak beremosi dalam penulisan 
perlu cari ubat untuk heal luka .

ini satu part . 



ohho ini raven@ syairah khalil . tablemate aku dua tahun . merangkap ahli bilik angkat aku selama 4 ke lima tahun . aku pun tak pasti . sebab apabila aku bukak mata dan tutup dia sentiasa ada.


btw kenapa dia terkepit  malu ? dia memang seorang yang pemalu tahap cipan -__- 
itu rekaan*



ushu @ umu aiman dan pasangan dua sejoli dia . abang shaf . sama cantik sama lawa . arhh tahap kebabian punya jeles kat situ .



 muka cipan punya kenyang lepas hampir termasuk lubang depan nasi ayam hainan chicken rice . btw , ramainya abang encem keroje situ . nanakk pergi lagi laa . hehe


scarf ; bawal plain kapten chantik  dan raven aku kebas  .sling bag ; hadiah birthday 18 . tshirt ; abang mana punya aku cilok . kasut ; aku beli guna duit biasiswa pelajaran  . jam ; raya tahun lepas punya jam
sekian * save budget *



muka macam pfft . tunggu merpati dua sejoli beli air milo . kami penumpang tegar duduk belakang syiok macam kera dapat bunga . 



semestinya kawan jugak yang akan sentiasa ada dengan kita walaupun kita dilanda badai
move on perlukan pertolongan kawan sejati 
jadi jangan tinggalkan kawan demi kekasih hati pujaan kau hari ini 
kawan ada perasaan yang kau kena jaga 
kau jangan tak berhati perut sangat
jangan tenga syiok bercinta sampai keluarkan statement " saya tak perlu kawan, saya ada boyfren"
itu cilaka namanya . 


sekian ; hati lembap .

Thursday, April 19, 2012

mentaliti yang tak dapat dielakkan

sejak kebelakangan ini aku perasan satu fenomena . aku tak tahu la mungkin aku yang dikelilingi oleh manusia macamni ataupun memang sekarang dh jadik trend . aku tak kisah tapi aku tahu tetap suka tengok dan perhati .


ini yang buat aku malas nak keluar rumah sebab nanti aku akan perhati semua yang terjadi dan mula mengutuk dalam hati . paling kurang pun aku senyum sendiri . paling kuat pun aku gelak dengan rakan sambil kritik . jahat sial .



1#  lelaki tak hensem style hot VS perempuan hot cantik sexy

ni mesti kes lelaki tu anak tan sri . atau kerja besar macam kapten kapal atau engineer kapal . atau lelaki banyak harta pusaka . tanah lima ekar , kereta dua bijik . rumah pesaka tiga . si perempuan mesti si pisau cukur veet . yang baru bukak plastik punya . kaki kikis harta . bila lelaki dah habis duit , perempuan mesti carik alasan dengan baik untuk putuihh . tuihh .


2# perempuan biasa mungkin tak hot atau style VS lelaki hot hensem kacak

ini mesti perempuan kasi barang ni . barang apa ? hehehe . barang barang sihir macam nasik kangkang atau calit minyak pengasih . atau si perempuan anak datuk, si lelaki kerja buruh . si lelaki nak menjamin masa depan dia . so dia pun menyambar si perempuan . dengan harapan syarikat besar dapat diserahkan kepada dia lepas bapak dia mati . *tipikal malay drama*


3# lelaki muda VS perempuan yang agak berumur

apa lagi mesti anak ikan keli la tu .si mummy mesti tanggung segala belanja rumah termasuk seluar kecik nya . dengan alasan si mummy bosan . datuk selalu pergi outstation .padahal entah entah itu bakal mak mertua dia . dia saja keluar nak ambik hati . tapi mentaliti aku tetap itu aweks dia . macam dalam samarinda punya slot la


4# perempuan muda bergetah VS lelaki berumur

sugar sugar daddy dia lah tu . apa lagi . si perempuan mesti tengah belajar di IPTS . demi nak tanggung kos sara diri yang mewah . nak bayar duit kondo , bil air , bil broadband . satu cara je boleh buat , kikis duit orang berusia yang amat pemurah terhadap kanak kanak yang tomey .


                                   *******************************************

kadang kadang aku akui , hidup  seharian banyak dipengaruhi oleh lambakan drama drama tipikal melayu yang seringkalai ditayangkan . secara tak sedar lekat jadi mentaliti mentaliti . aku tak boleh nafi sikit sikit , takpun banyak mesti ada terlintas dalam benak hati bila terpandang mereka mereka ini .

aku cuma ada satu nasihat . kalau rasa diri tak punya antibodi yang kuat untuk menangkis segala mulut mulut busuk orang macam aku. maka carikla pasangan yang sekufu . jangan nanti bila kau dah terima si dia , tiba tiba kau tak larat nak tannggung mulut longkang orang , kau putuskan dia .

bila kau buat macam tu . kau telah musnahkan hati seseorang dan kau jangan takot . kau jugak akan terima yang serupa di hari lain .



ukur baju di badan sendiri . ukur kasut berdasarkan saiz kaki busuk kau . pilih kasut yang muat muat . jangan sebelah lawa sebelah buruk . nanti jadik tak sedap orang nak pandang .  bila tak sedap mula mulut lonkang macam aku akan mengata . tak salah jadi rare . asalkan telinga tebal .
 sekian . catatan hati kering .






Thursday, April 5, 2012

im losing you


gambar terakhir arwah bersama keluarga di sri lalang ;


[tiada lagi gurauan mesra seorang ayah chu kepada anak anak buah nya di fb]

[tiada lagi sakat sakat manja seorang ayah chu]

[tiada lagi lagu lagu kenangan 90 an yang sering di post sebagai tanda ingatan]

[tiada lagi kaki bola dan post post tentang kegilaan bola]

[tiada lagi kaki like di status  dengan komen yang menggelikan ulu hati]

[tiada lagi pakcik yang sangat sporting dan buatkan aku selesa untuk bersembang di laman sosial . alfatihah.]



sama sama doa kita :"Ya Allah, ampunilah dan naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya..Amin"

sesungguhnya . ajal maut ketentuan tuhan , siapa tahu esok lusa tiba masa kita . fuhh fuhhh . mengucap dalam dada . tutup lampu . dan terus tidur . moga moga esok masih ada peluang .