Tuesday, April 24, 2012

hidup cik abang .


kehadapan cik abang 
apa kahabar agaknya hidup cik abang sekarang ?
adakah sudah sembuh luka ? ataupun masih berbalut darah ?
kepada cik abang moga anda sihat di perantauan dalam mengejar impian
cik abang kejarla cita cita dahulu . 

**********************************

aku cuma mampu belek belek buang kisah lama
 dalam tak diam sejak aku jadi janda berhias . 
aku asyik gatai tangan nak beremosi dalam penulisan 
perlu cari ubat untuk heal luka .

ini satu part . 



ohho ini raven@ syairah khalil . tablemate aku dua tahun . merangkap ahli bilik angkat aku selama 4 ke lima tahun . aku pun tak pasti . sebab apabila aku bukak mata dan tutup dia sentiasa ada.


btw kenapa dia terkepit  malu ? dia memang seorang yang pemalu tahap cipan -__- 
itu rekaan*



ushu @ umu aiman dan pasangan dua sejoli dia . abang shaf . sama cantik sama lawa . arhh tahap kebabian punya jeles kat situ .



 muka cipan punya kenyang lepas hampir termasuk lubang depan nasi ayam hainan chicken rice . btw , ramainya abang encem keroje situ . nanakk pergi lagi laa . hehe


scarf ; bawal plain kapten chantik  dan raven aku kebas  .sling bag ; hadiah birthday 18 . tshirt ; abang mana punya aku cilok . kasut ; aku beli guna duit biasiswa pelajaran  . jam ; raya tahun lepas punya jam
sekian * save budget *



muka macam pfft . tunggu merpati dua sejoli beli air milo . kami penumpang tegar duduk belakang syiok macam kera dapat bunga . 



semestinya kawan jugak yang akan sentiasa ada dengan kita walaupun kita dilanda badai
move on perlukan pertolongan kawan sejati 
jadi jangan tinggalkan kawan demi kekasih hati pujaan kau hari ini 
kawan ada perasaan yang kau kena jaga 
kau jangan tak berhati perut sangat
jangan tenga syiok bercinta sampai keluarkan statement " saya tak perlu kawan, saya ada boyfren"
itu cilaka namanya . 


sekian ; hati lembap .

Thursday, April 19, 2012

mentaliti yang tak dapat dielakkan

sejak kebelakangan ini aku perasan satu fenomena . aku tak tahu la mungkin aku yang dikelilingi oleh manusia macamni ataupun memang sekarang dh jadik trend . aku tak kisah tapi aku tahu tetap suka tengok dan perhati .


ini yang buat aku malas nak keluar rumah sebab nanti aku akan perhati semua yang terjadi dan mula mengutuk dalam hati . paling kurang pun aku senyum sendiri . paling kuat pun aku gelak dengan rakan sambil kritik . jahat sial .



1#  lelaki tak hensem style hot VS perempuan hot cantik sexy

ni mesti kes lelaki tu anak tan sri . atau kerja besar macam kapten kapal atau engineer kapal . atau lelaki banyak harta pusaka . tanah lima ekar , kereta dua bijik . rumah pesaka tiga . si perempuan mesti si pisau cukur veet . yang baru bukak plastik punya . kaki kikis harta . bila lelaki dah habis duit , perempuan mesti carik alasan dengan baik untuk putuihh . tuihh .


2# perempuan biasa mungkin tak hot atau style VS lelaki hot hensem kacak

ini mesti perempuan kasi barang ni . barang apa ? hehehe . barang barang sihir macam nasik kangkang atau calit minyak pengasih . atau si perempuan anak datuk, si lelaki kerja buruh . si lelaki nak menjamin masa depan dia . so dia pun menyambar si perempuan . dengan harapan syarikat besar dapat diserahkan kepada dia lepas bapak dia mati . *tipikal malay drama*


3# lelaki muda VS perempuan yang agak berumur

apa lagi mesti anak ikan keli la tu .si mummy mesti tanggung segala belanja rumah termasuk seluar kecik nya . dengan alasan si mummy bosan . datuk selalu pergi outstation .padahal entah entah itu bakal mak mertua dia . dia saja keluar nak ambik hati . tapi mentaliti aku tetap itu aweks dia . macam dalam samarinda punya slot la


4# perempuan muda bergetah VS lelaki berumur

sugar sugar daddy dia lah tu . apa lagi . si perempuan mesti tengah belajar di IPTS . demi nak tanggung kos sara diri yang mewah . nak bayar duit kondo , bil air , bil broadband . satu cara je boleh buat , kikis duit orang berusia yang amat pemurah terhadap kanak kanak yang tomey .


                                   *******************************************

kadang kadang aku akui , hidup  seharian banyak dipengaruhi oleh lambakan drama drama tipikal melayu yang seringkalai ditayangkan . secara tak sedar lekat jadi mentaliti mentaliti . aku tak boleh nafi sikit sikit , takpun banyak mesti ada terlintas dalam benak hati bila terpandang mereka mereka ini .

aku cuma ada satu nasihat . kalau rasa diri tak punya antibodi yang kuat untuk menangkis segala mulut mulut busuk orang macam aku. maka carikla pasangan yang sekufu . jangan nanti bila kau dah terima si dia , tiba tiba kau tak larat nak tannggung mulut longkang orang , kau putuskan dia .

bila kau buat macam tu . kau telah musnahkan hati seseorang dan kau jangan takot . kau jugak akan terima yang serupa di hari lain .



ukur baju di badan sendiri . ukur kasut berdasarkan saiz kaki busuk kau . pilih kasut yang muat muat . jangan sebelah lawa sebelah buruk . nanti jadik tak sedap orang nak pandang .  bila tak sedap mula mulut lonkang macam aku akan mengata . tak salah jadi rare . asalkan telinga tebal .
 sekian . catatan hati kering .






Thursday, April 5, 2012

im losing you


gambar terakhir arwah bersama keluarga di sri lalang ;


[tiada lagi gurauan mesra seorang ayah chu kepada anak anak buah nya di fb]

[tiada lagi sakat sakat manja seorang ayah chu]

[tiada lagi lagu lagu kenangan 90 an yang sering di post sebagai tanda ingatan]

[tiada lagi kaki bola dan post post tentang kegilaan bola]

[tiada lagi kaki like di status  dengan komen yang menggelikan ulu hati]

[tiada lagi pakcik yang sangat sporting dan buatkan aku selesa untuk bersembang di laman sosial . alfatihah.]



sama sama doa kita :"Ya Allah, ampunilah dan naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya..Amin"

sesungguhnya . ajal maut ketentuan tuhan , siapa tahu esok lusa tiba masa kita . fuhh fuhhh . mengucap dalam dada . tutup lampu . dan terus tidur . moga moga esok masih ada peluang . 







sikit ringgit tapi boleh buat beli semangat


entah kenapa rasa sangat terharu . leleh leleh sikit  hidung walaupun cuma dapat sikit tapi rasa macam dapat 1k . tak pernah rasanya berbuat kebaikan terhadap makcik ini , but shes acting like im the one who being so naisee to her . but im gratefull . maybe one day i would paid you off makcik . 

 tapi makcik . saya taknak jadik menantu makcik ye *walaupun makcik ade anak sebaya . kihkihkih . walaupun sebenarnya result aku tak melayakkan aku untuk dapat apa apa penghargaan . tapi masih ada insan yang sudi hargai . termasuk pakcikzainal dan cik zailon .

pastinya ade hikmah atas segala yang tuhan telah beri . tuhan maha adil dan takkan melupakan hamba . sesungguhnya dalam hati perlu ada rasa syukur yang tinggi walaupun syaitonnirrojim bisik bisik kasi hati panas . fuhh fuhhh tiup angin kiri kanan . 

 if we still believe and have faith in god , god wil never let you down . thats mean god still giving you an attention . just stay strong and keep doa that you will be doing okayy . jangan cepat melatah takut nanti tergigit lidah sendiri . 

mula mula aku pun terduduk tertonggeng bila dapat dugaan . namun disebabkan cik adik , dan cik abang yang banyak tiup semangat . pelan aku bangun . dengan harapan jatuh tak berdarah lagi .


sekiann .




Sunday, April 1, 2012

perli diri sendiri kadang kadang


i am now watching glee-athon with a pack of  jajan  . trying to forget all the things happen and build a new fresh day with new people . hah ?  i love all the video by glee . sounds more fresh with a bunch of handsome awesome guys . but why alex totally becomes perempuan ? tapi lawaa jugak . kiss sikit .

aku mengaku kadang kadang quotes dalam  internet mungkin tak patut diamalkan dalam hidup realiti . aku bercakap sebab kawan pernah amalkan .ada satu quotes bunyi macam ni lebih kurang if we love something then let it go , if it comes back to us then it ours . huh ? 

tapi bila fikir fikir aku rasa salah dan sangat salah . kalau aku sayangkan i phone 4s aku ni , aku takkan campak dalam laut dan mengharap esok nanti ade ikan duyung tolong pulangkan balik . mustahil. tapi aku sayang  . tapi tak datang balik pun . tipu . tipu .

kalau mak aku sayang aku , then aku cakap nak lari rumah . mak pun akur . sebab mak pegang prisip quotes tu . mak lepaskan aku dengan seorang mamat lombok . sebab mak fikir nanti aku akan datang balik kalau aku kepunyaan mak . tengok tengok ado aku balik ? aku takkan balik dan aku taknak balik rasanyaa . aku datang balik tak? sebab aku memang kepunyaan mak ? tipu . tipu .**ini rekaan**

aku fikir sama jugak dengan konsep cinta . kalau kau cinta sayang gila jangan senang sangat akur untuk lepaskan kalau dimintak . cuba pertahankan . kadang kadang pertahankan mungkin dianggap sebagai mendesak . tapi sangat jarang . pertahankan lebih dilihat sebagai kesungguhan . maybe. menunggu merupakan satu penyeksaan fizikal dan mental .

kalau dia datang balik pun dua tiga tahun lepas tu keadaan takkan jadik sama macam dulu .mungkin dia datang bila dah beranak dua dengan suami seorang kapten kapal . kau ? melopong . semua sebab terlalu obses percaya kan quotes yang kononnya akan kau pegang . padan.

lul . aku bercakap seolah olah aku mahir dalam love . oohh love sangat indah .kadang kadang . krohh kroohh tidur dalam iman . dan berdoa semoga kau aman bersemadi disana .